Sunday, 28 September 2014

Kembalinya Ke Rahmatullah

Pada jam 11.30 tengahhari aku baru selesai mengajar kelas akaun,sekembalinya ke tempat rehatku aku dikejutkan dengan panggilan suamiku menyatakan kakanya Azni bin Abd Aziz sedang demam panas dan akan dibawa ke hospital.

12.00 aku terus menelefon anakbuahku anak kepada Azni dan bertanyakan keadaannya...kedengaran suara tangisan yang sedu sedan menyatakan ambulan telah datang untuk membawa emaknya ke hospital....aku sebak dan rasa nak menangis lalu akau membaca surah yASSIN SEMOGA SEGALANYA DI PERMUDAHKAN..aku meletakkan telefon dan berjanji akan menelefon semula apabila tiba di hospital.....jam 3.57 p.m eja menghantar sms mak dah tak de....Innalillah hirajiunnn....merupakan orang yang ketiga saudara terdekat meninggal dunia lagi... aku redha dengan ketentuan Illahi..bergegas pulang dan bertolak ke seremban pukul 6.00 p.m sampai 9.50p.m -sempat melihat wajah arwah yang terakhir sebelum dikebumikan


Alhamdulillah akhirnya telah pun berhasil usaha pencarian Blogku, yang hampir sebulan di Yogjakarta ku usahakan.....Terlupa segala- galanya..Seingat aku waktu - waktu terakhir ku lewati blog ini ketika mula bertugas di PSP. Selepas sibuk dengan pelbagai urusan kerja dan peribadi aku hampir terlupa yang aku mempunyai blog. Hahaha...walaupun ada pelbagai laman sosial tetapi blog adalah yang terbaik untuk berkongsi apa yang kita rasa...tanpa ada pihak - pihak lain berpandangan.(Macam diari itu)..Whattaps,Viber dan wechat

Aku ringkaskan hampir 3 tahu di Politeknik Seberang Perai aku terlibat dengan urusan kenaikan pangkat, memegang jawatan Penyelaras Keusahawanan Jabatan Perdagangan. Mendapat hadiah biasiswa Persekutruan untuk menyambung pelajaran dan terpaksa menghadiri kursus, memilih lokasi dan universiti yang sesuai dengan kritiria yang aku inginkan .Ada juga diari yang kutangguhkan untuk ku salinkan ke blog ini..

Dalam 3 tahun terakhir tersebut aku sempat ke Medan dan bercadang untuk menghasilkan Travelog ke Medan..Namun masa juga tidak mengizinkan. Pada masa yang sama juga Alhamdulillah aku dapat menunaikan Umrah sekali lagi bersama keluarga tersayang Ibuku Harison Binti Bakar,Anuar, Irfan Qayyum, Dinie Syuhada...Perjalanan  yang menarik yang telah  ku coretkan di diari tetapi belum sempat disalinkan ke blog..sebagai Travelog Umrah yang kedua.

Nampaknya terlalu banyak rangka "framework" blogku tetapi belum kesampaian..