Mengikut kata Ustaz di radio Ikim kita perlu menghormati ulamak,menyantuni ulamak dengan meraikan kedatangannya ke Malaysia terutamanya apaibila Syeikh Abdul Rahman Al Sudais ini telah sampai ke daerah ku iaitu Dewan Ibni Qayyum di Mengkuang. Aku bersama suami juga tidak ketinggalan cuba untk menghadiri Dewan untuk menunaikan fardu Maghrib yang imamkan oleh imam besar kita...Walaupun kesuntukan waktu(kesesakan jalan balik kerja dan memasuki dewan) kerana baru di maklumlan oleh kawanku Kak Chak tentang kehadiran Imam tersebut.
Apabila sampai di dewan semua orang tengah bersembahyang maghrib aku tidak sempat walaupun telah berwuduk dari rumah kerana terpaksa naik ke tingkat atas kerana semua ruang telah penuh...Suamiku sempat sembahyang berjemaaah bersama Imam...Besyukur kepada Illahi kerana begitu ramai hadirin yang meraikan kedatangan Imam besar ini ...walaupun tidak ada promosi dilakukan di TV3 dan HOT FM seperti progam SURE HEBOH.....terasa seperti ribuan manusia berebut 2 untuk sembahyang di Masjidil Haram..mengembalikan nostalgiaku ke tanah suci...rindunya mendengar suara Imam sudah terisi..Alhamdulillah Info ini sampai kepadaku..malah aku sempat mengajak geng anak2 dara dari pejabatku turut serta..mereka juga sempat sampai mendengar ceramah dari Syeikh...kemudian diterjemahkan dari bahasa Arab ke Bahasa Melayu..Imam tersebut bergegas ke lapangan terbang selepas selesai bersalaman dengan rakyat Malaysia.....hampir jam 8.30 mlm..tidak sempat untuk mengimamkan waktu Isyak.
Riuh rendah kawan2 ku berkongsi cerita menghadiri dewan untuk bertemu imam Besar di pejabat pada pagi Jumaat 22 April 2011..Tup2 apabila rehat hari Jumaat aku membuka TV 1 untuk mendengar khutbah Jumaat ...rupanya imam ini akan mengimamkan Sembahyang Jumaat Masjid Jalan Duta secara Langsung..Alhamdulillah sekali lagi aku dapat mendengar khutbah dan Bacaan ayat Quran yang sangat merdu oelh Syeikh..tidak ketinggalan aku memaklumkan kepada kaum keluarga dan rakan2 yang teringin sanagat nak melihat wajah Syeikh yang dikatakan dari keturunan nabi ini...