Wawasan yang di ajar oleh Rasulallah kepada sahabat sayangilah harta kita dengan membuat pelaburan yang bermanfaat untuk diri kita apabila berada di alam kubur TETAPI janganlah kita menyayangi harta waris kita ( iaitu harta yang kita tinggalkan kepada anak atau sesiapa sahaja pewaris harta kita tersebut walaupun kita yang mencari harta tersebut jika di simpan sahaja bermakna ia akan menjadi harta waris bukan kita)
Monday, 18 April 2011
My new hobbies
Assalamualaikum dan Salam Perkenalan kepada pembaca sekalian... Alhamdulillah ...Nampaknya satu perubahan dan pengehtahuan baru yang baru aku explore...sebelum ni asyik melayan face book jer..mungkin baru bagi aku tetapi dah basi bagi orang lain tapi aku tak kisah..yang pasti lambat dan cepat berjaya jugak teknologi globalisasi ni aku redah.... Al kisah bermula bila di pejabat aku ada outlook tentang kursus yang di tawarkan kepada kakitangan yang kurang lagi hari berkursus. Aku macam biasa menyuarakan isi hatiku ..syok juga kiranya aku dapat mengikuti kursus mencipta blog..tapi kawan aku Adibah tergelak kat aku. Katanya buat apalah susah2 nak attend kursus sedangkan dia pun boleh mengajar. Di pendekkan citer terus jer aku suruh dia ngajar nak create account..tup2 account nama SLIZA telah pun wujud beberapa tahun yang lalu...tak sangka tangan aku yang suka jer click mana- mana icon dalam website telah membuka account blogger secara separa sedar "unconcious" tetapi tidak aktif. Setahu aku nama SLIZA ni aku guna dah lama ( tak ingat berapa tahun)..bermakna selama itulah blog aku ni domant. Lagipun aku suka membaca blog2 anak buah dan kawan - kawan aku yang tulus dan ikhlas bukan niat nak "show off"..bagi aku inilah peluang kita untuk berkongsi pengalaman, pengehtahuan dan pandangan mengikut kata hati kita tanpa tujuan untuk mempengaruhi mana - mana pihak....macam kita menulis diari tentang isi hati kita bukan niat untuk mempengaruhi sesiapa..sekadar sebagai lipatan sejarah ..yang menariknya ianya secara electronic,bergambar sebagai bukti dan kenangan untuk kita...syok...syok,,,syok ...lalalallala....
Subscribe to:
Posts (Atom)