Monday, 3 May 2021

22 Ramdhan 1442 Hijrah

 Alhamdulillah....Bersyukur kepadamu ya Allah memakbulkan doa kami utk berada di dalam bulan Ramdhan yg mulia ini.Ketika Fasa ke 3 iaitu 10 mlm terakhir ini lebih awal aku dikejutkan utk bangun wlpn menu bersahur ala kadar telah pun siap.Aku termamat yakin  dengan panggilan mu utk bangun mengadapmu dan mengagungkanMu.La ila Ha Ilaallah. Sesunghuhnya hanya Engkau tuhan yg layak kami sembah,pemilik Alam semesta dan tiada yg lain selain engkau semata2. Apa yg ada pada kefahaman kami juga milikmu.Dekatkan kami agat lebih mengenalimu dan lebih banyak berbicara tentangMu.

Ketika ini Malaysia dan seluruh dunia sedang berdepan dengan Ujian Mu Ya Allah.Kami yg kerdil ini  tak pasti kesudahannya kerana ketika ini bumi yg kami pijak ini telah melalui gelombang kedua setelah doa dan usaha yg keras utk menjauhkan wabaq  telah berjaya di tahun lepas 2020.Ketika itu ramai yg akur dgn arahan Dr Norhisyam Ketua Pengarah KKM.Namun atas  kedegilan manusia yg tidak sabar dan tidak bertangungjawab, penting diri, suka menang sendiri akhirnya Corona Virus covid 19 dtg dgn lebih mencabar segala akal fikiran dan emosi seluruh bumi Malaysia dan dunia juga pada kemuncaknya Awal Jan 2021.

Bersyukur SETAKAT ini Muslimim dan muslimat masih boleh berjemaah menunaikan  Terawikh dgn penjarakkan social dan Solat Jumaat masih diteruskan di surau2 dgn SOP yg ditetapkan.Ada juga waktu kami berjemaah sekeluarga di Kg Aman.

Tugas Harianku sebagai Pensyarah Politeknik diteruskan seperti biasa dgn akiviti kelas secara online bg pelajar Jabt Perdagangan sem 2 dan ke atas.Hanya pelajar sem 1 boleh tinggal di asrama dan kelas Hyrid.Happy dpt buat kelas FTF ni.WFH dh hampir 3 bulan ni. Alhamdulillah MR hubby as  trader saham nampk semakin positive.Keputusan utk tinggalkan Celcom 1 tahun lepas adalah yg terbaik. No Stress.No pain.Sihat berkebun  dgn tanah baharu(hobby).Kebun yg diambil ebulan sebelum PKP 2020 bk.hikmah n barakahnya.Kerana kami.lebih byk abiskan masa disini.Tak sempat nk bosan terkurung dlm rumah..Ramdhan ni dh musim menuai pisang..Projek 2 biji Semi D pun ah bermula 14Ramadhan (26 April 2021)

Anak-anakku yg sudah bekerja dapat menjalankan tugas seperti biasa dan yg sedang belajar di UUM dah 3 sem  online class dari rumah..Peluang utk student exchange seperti ibunya ke luar negara mcm nampak kabur.Business online butik dll berjalan dgn kadar perlahan sebab kami sekeliarg agak sibuk dn tugas masing2.

Anak2 buah yg sedang bersekolah menengah harian dan rendah nampak mcm kabur sahaja..Katanya Cikgu sekejap dtg sekejap tidak.Tak masuk kelas..Tak tau format nk SPM.Cara mengajar suruh buat latihan dlm buku ja tanpa menagajar.Kesian memikrkan kesudahan utk mereka.

Situasi rakan di Colombia ( Sabri).Masih Lock Down tapi anak2 dihantar ke pèsonal class.Maksudnya pembelajaran seperti biasa.

Keluarga ramai yg frontliner dah ambil vaksin dr China tu..Kesannya semua demam2selps di cucuk.

Nampaknya terpaksa ku sentuh semua perkara yg terlintas dlm kepala.Takut2 tak sempat nak menulis lagi.Sekarang sdg sibuk dgn class dan fasa akhir Ramdhan Kareem..

Nanti ada masa akan lebih detail.Ni kira utk bookinh date n xtvt dulu..



Sunday, 28 September 2014

Kembalinya Ke Rahmatullah

Pada jam 11.30 tengahhari aku baru selesai mengajar kelas akaun,sekembalinya ke tempat rehatku aku dikejutkan dengan panggilan suamiku menyatakan kakanya Azni bin Abd Aziz sedang demam panas dan akan dibawa ke hospital.

12.00 aku terus menelefon anakbuahku anak kepada Azni dan bertanyakan keadaannya...kedengaran suara tangisan yang sedu sedan menyatakan ambulan telah datang untuk membawa emaknya ke hospital....aku sebak dan rasa nak menangis lalu akau membaca surah yASSIN SEMOGA SEGALANYA DI PERMUDAHKAN..aku meletakkan telefon dan berjanji akan menelefon semula apabila tiba di hospital.....jam 3.57 p.m eja menghantar sms mak dah tak de....Innalillah hirajiunnn....merupakan orang yang ketiga saudara terdekat meninggal dunia lagi... aku redha dengan ketentuan Illahi..bergegas pulang dan bertolak ke seremban pukul 6.00 p.m sampai 9.50p.m -sempat melihat wajah arwah yang terakhir sebelum dikebumikan


Alhamdulillah akhirnya telah pun berhasil usaha pencarian Blogku, yang hampir sebulan di Yogjakarta ku usahakan.....Terlupa segala- galanya..Seingat aku waktu - waktu terakhir ku lewati blog ini ketika mula bertugas di PSP. Selepas sibuk dengan pelbagai urusan kerja dan peribadi aku hampir terlupa yang aku mempunyai blog. Hahaha...walaupun ada pelbagai laman sosial tetapi blog adalah yang terbaik untuk berkongsi apa yang kita rasa...tanpa ada pihak - pihak lain berpandangan.(Macam diari itu)..Whattaps,Viber dan wechat

Aku ringkaskan hampir 3 tahu di Politeknik Seberang Perai aku terlibat dengan urusan kenaikan pangkat, memegang jawatan Penyelaras Keusahawanan Jabatan Perdagangan. Mendapat hadiah biasiswa Persekutruan untuk menyambung pelajaran dan terpaksa menghadiri kursus, memilih lokasi dan universiti yang sesuai dengan kritiria yang aku inginkan .Ada juga diari yang kutangguhkan untuk ku salinkan ke blog ini..

Dalam 3 tahun terakhir tersebut aku sempat ke Medan dan bercadang untuk menghasilkan Travelog ke Medan..Namun masa juga tidak mengizinkan. Pada masa yang sama juga Alhamdulillah aku dapat menunaikan Umrah sekali lagi bersama keluarga tersayang Ibuku Harison Binti Bakar,Anuar, Irfan Qayyum, Dinie Syuhada...Perjalanan  yang menarik yang telah  ku coretkan di diari tetapi belum sempat disalinkan ke blog..sebagai Travelog Umrah yang kedua.

Nampaknya terlalu banyak rangka "framework" blogku tetapi belum kesampaian..

Friday, 22 April 2011

Bertemu Imam Masjidil Haram

Mengikut kata Ustaz di radio Ikim kita perlu menghormati ulamak,menyantuni ulamak dengan meraikan kedatangannya ke Malaysia terutamanya apaibila Syeikh Abdul Rahman Al Sudais ini telah sampai ke daerah ku iaitu Dewan Ibni Qayyum di Mengkuang. Aku bersama suami juga tidak ketinggalan cuba untk menghadiri Dewan untuk menunaikan fardu Maghrib yang imamkan oleh imam besar kita...Walaupun kesuntukan waktu(kesesakan jalan balik kerja dan memasuki dewan) kerana baru di maklumlan oleh kawanku Kak Chak tentang kehadiran Imam tersebut.
Apabila sampai di dewan semua orang tengah bersembahyang maghrib aku tidak sempat walaupun telah berwuduk dari rumah kerana terpaksa naik ke tingkat atas kerana semua ruang telah penuh...Suamiku sempat sembahyang berjemaaah bersama Imam...Besyukur kepada Illahi kerana begitu ramai hadirin yang meraikan kedatangan Imam besar ini ...walaupun tidak ada promosi dilakukan di TV3 dan HOT FM seperti progam SURE HEBOH.....terasa seperti ribuan manusia berebut 2 untuk sembahyang di Masjidil Haram..mengembalikan nostalgiaku ke tanah suci...rindunya mendengar suara Imam sudah terisi..Alhamdulillah Info ini sampai kepadaku..malah aku sempat mengajak geng anak2 dara dari pejabatku turut serta..mereka juga sempat sampai mendengar ceramah dari Syeikh...kemudian diterjemahkan dari bahasa Arab ke Bahasa Melayu..Imam tersebut bergegas ke lapangan terbang selepas selesai bersalaman dengan rakyat Malaysia.....hampir jam 8.30 mlm..tidak sempat untuk mengimamkan waktu Isyak.

Riuh rendah kawan2 ku berkongsi cerita menghadiri dewan untuk bertemu imam Besar di pejabat pada pagi Jumaat 22 April 2011..Tup2 apabila rehat hari Jumaat aku membuka TV 1 untuk mendengar khutbah Jumaat ...rupanya imam ini akan mengimamkan Sembahyang Jumaat Masjid Jalan Duta secara Langsung..Alhamdulillah sekali lagi aku dapat mendengar khutbah dan Bacaan ayat Quran yang sangat merdu oelh Syeikh..tidak ketinggalan aku memaklumkan kepada kaum keluarga dan rakan2 yang teringin sanagat nak melihat wajah Syeikh yang dikatakan dari keturunan nabi ini...

Monday, 18 April 2011

PELABURAN AKHIRAT

Tanyalah Ustaz
Wawasan yang di ajar oleh Rasulallah kepada sahabat sayangilah harta kita dengan membuat pelaburan yang bermanfaat untuk diri kita apabila berada di alam kubur TETAPI janganlah kita menyayangi harta waris kita ( iaitu harta yang kita tinggalkan kepada anak atau sesiapa sahaja pewaris harta kita tersebut walaupun kita yang mencari harta tersebut jika di simpan sahaja bermakna ia akan menjadi harta waris bukan kita)

My new hobbies

Assalamualaikum dan Salam Perkenalan kepada pembaca sekalian... Alhamdulillah ...Nampaknya satu perubahan dan pengehtahuan baru yang baru aku explore...sebelum ni asyik melayan face book jer..mungkin baru bagi aku tetapi dah basi bagi orang lain tapi aku tak kisah..yang pasti lambat dan cepat berjaya jugak teknologi globalisasi ni aku redah.... Al kisah bermula bila di pejabat aku ada outlook tentang kursus yang di tawarkan kepada kakitangan yang kurang lagi hari berkursus. Aku macam biasa menyuarakan isi hatiku ..syok juga kiranya aku dapat mengikuti kursus mencipta blog..tapi kawan aku Adibah tergelak kat aku. Katanya buat apalah susah2 nak attend kursus sedangkan dia pun boleh mengajar. Di pendekkan citer terus jer aku suruh dia ngajar nak create account..tup2 account nama SLIZA telah pun wujud beberapa tahun yang lalu...tak sangka tangan aku yang suka jer click mana- mana icon dalam website telah membuka account blogger secara separa sedar "unconcious" tetapi tidak aktif. Setahu aku nama SLIZA ni aku guna dah lama ( tak ingat berapa tahun)..bermakna selama itulah blog aku ni domant. Lagipun aku suka membaca blog2 anak buah dan kawan - kawan aku yang tulus dan ikhlas bukan niat nak "show off"..bagi aku inilah peluang kita untuk berkongsi pengalaman, pengehtahuan dan pandangan mengikut kata hati kita tanpa tujuan untuk mempengaruhi mana - mana pihak....macam kita menulis diari tentang isi hati kita bukan niat untuk mempengaruhi sesiapa..sekadar sebagai lipatan sejarah ..yang menariknya ianya secara electronic,bergambar sebagai bukti dan kenangan untuk kita...syok...syok,,,syok ...lalalallala....